">KaLaU kItA iNgIn BeRjAya MaKa KiTa MesTi BeraNi MeNgUbAh KeBiASAan-KeBiASAan KiTa YaNg TiDak BeRmaNfAaT<"

OpEn Ur EyeS..MAhEr ZaIn...



saya suka lagu ini..Open My Eyes nyanyian Maher Zain mempunyai maksud yang sangat mendalam, menjadikan diri ini sentiasa bermuhasabah diri, sesungguhnya diri ini tidaklah sempurna mana..manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan..lirik yang cuba untuk disampaikan dapat mmotivasikan kita iaitu motivasi secara langsung dari Al-Quran, iaitu ia lebih kepada memuji kebesaran Allah dari semua aspek melalui apa yang ada dipersekitaran kita untuk melihat tanda kebesaran Allah dan sterusnya membuka mata untuk melihat kebesaran Allah......

Take us in the best way (Allah)
Guide us every single day (Allah)


terima kasih kepada sahabat yang memperkenalkan lagu ni kepada saya....1st time dengar...

Tiga wanita Islam disebat



PUTRAJAYA 17 Feb. - Di sebalik kontroversi hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, yang tertangguh sehingga kini, tiga wanita Islam telah menjalani hukuman sebat mengikut kaedah syarak pada 9 Februari lalu.Dalam pelaksanaan hukuman sebat syariah kali pertama ke atas pesalah wanita itu, dua orang daripada mereka dikenakan hukuman enam kali sebatan manakala seorang lagi empat kali sebatan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka telah disabitkan di bawah Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari lalu. Selain itu, beliau berkata, terdapat empat pesalah lelaki turut menjalani enam kali sebatan pada hari tersebut atas kesalahan yang sama. ''Pada 9 Februari lalu, kira-kira pukul 10 pagi, hukuman sebat syariah telah dilaksanakan dengan sempurna ke atas tujuh pesalah syariah. ''Berdasarkan temu bual dengan tiga pesalah wanita itu, didapati mereka telah reda, insaf dan bertaubat dengan hukuman yang diterima. ''Sebatan itu tidak mendatangkan kesan luka pada badan tetapi wanita tersebut mengakui ia memberikan kesan amat mendalam dalam diri mereka," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet bagi kementeriannya di sini hari ini. Menurut Hishammuddin, pesalah wanita tersebut melahirkan harapan mereka agar kaum wanita lain bertindak menjauhi perbuatan yang ditegah oleh agama. ''Salah seorang wanita tersebut telah dibebaskan pada 14 Februari lalu setelah menjalani hukuman penjara satu bulan. ''Seorang lagi akan dibebaskan beberapa hari lagi manakala seorang lagi pada Jun ini," katanya. Justeru, Hishammuddin berharap, isu sebatan syariah tidak disalah ertikan sehingga mencemarkan kesucian Islam. Katanya, hukuman itu adalah untuk mendidik dan memberi keinsafan agar mereka yang terlanjur dapat kembali ke pangkal jalan seterusnya membina hidup baru yang lebih baik.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pihaknya telah bekerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dalam melaksanakan tugas tersebut. Katanya, seramai 13 pegawai pelbagai agensi hadir semasa hukuman sebat syariah itu dilaksanakan. Mereka terdiri daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), para pegawai agensi agama itu selain pegawai daripada Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara, Mahkamah Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri. ''Saya ingin memaklumkan persiapan bagi melaksanakan hukuman sebat secara syariah telah lama dibuat oleh Jabatan Penjara. ''Persiapan itu antara lainnya termasuk pelantikan dan latihan pegawai sebat rotan wanita untuk pesalah syariah yang telah dimulakan pada penghujung 1990-an," katanya. Katanya, apabila timbul isu mengenai sebatan secara syariah terhadap pesalah wanita pada 20 Julai lalu, pihaknya telah  memanggil Ketua Pengarah Penjara serta pegawai sebatan bagi mendapatkan penjelasan selain melihat demonstrasi sebatan syariah pada 27 Ogos tahun lalu. ''Pada 4 September 2009, Jabatan Penjara telah mengadakan perbincangan melibatkan Jakim, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Peguam Negara. ''Hasil perbincangan dan demonstrasi yang ditunjukkan, semua bersetuju dengan tatacara pelaksanaan sebatan syariah yang digunakan oleh Jabatan Penjara," katanya.

dipetik dari  http://halaqah.net

Doa Khusus Untuk Elak 'Dirogol' (Hafal dan Sebarkan)




رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ


DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM


Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ



DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM


Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )


Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.


Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.


Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


Fikirkanlah.


Sekian

dipetik dari http://halaqah.net/

TrIp tO KeDaH & PeRLiS...

13 Februari 2010...
Assalamualaikum w.t.w..baru-baru nie saya pergi ke Kedah untuk menghadiri majlis pertunangan 1 bilik saya..memang sangat excited nak ke Kedah sebab sebelum nie tak pernah pown pergi ke negeri jelapang padi tue..perjalanan mengambil masa dalam 6 jam..sangat memenatkan..yela duduk jer dalam kereta...mana tak penat...tapi puas hati melihat keindahan ciptaan Ilahi..sampai kat Kedah..akak kepada roomate bawa saya pergi ke Sungai Petani..kedudukan bandar yang terancang sebab banyak bangunan baru..tesco pown ada 2 kat Sg. Petani tue..kira banyaklah shopping mall...lepas tue kami pergi ke Alor Star untuk beli barang-barang persiapan majlis pertunangan..Fuhyoo...besar juga Alor Star nie...banyak bangunan lama2..hehehe..menarik...1 Alor Star saya dah round..boleh lah nie kongsi pengalaman dengan anak murid saya di Sabah nanti....hahaha...insyAllah...

Nak masuk Gulati's Silk House Cari Baju tuk Bertunang..hahaha


Singgah kejap di City Plaza


Tak masuk pown lalu jak..hahah





14 Februari 2010..
Hari nie roomate saya bertunang..wah3x..happynya dia...yela nak jadi tunang orang dah...Kak ija (Siti Khatijah Bt. Ishak) umur 23 tahun sekarang praktikum di Sekolah Menengah Lelaki Shah Alam yang terkenal dengan kegengsterannya..huhuhu...nasib baik akak nie garang kalau tidak....saat-saat dinanti telah tiba...alhamdulilah akhirnya majlis pertunangan kak Ija selesai...tengok muka kak Ija senyum sokmo...mestilah  kan hari bersejarah untuk dia dan bakal suaminya...kak Ija sangat cantik pada hari kejadian...



Nie la dia Kak Ija...cantiknya dia

Bakal mak mertua...huhuhu

15 Februari 2010...
Hari nie plak..roomate bawa saya pergi ke Perlis..kami pergi ke Taman Melati..tempat yang cantik...tasik yang menarik...huhuhu.....tapi banyak orang buat maksiat kat taman nie (dating bah)...hahaha...lepas tangkap gambar dan makan kami pergi ke kangar...taklah besar sangat pown tapi bagi saya negeri nie comel la...lagi satu yang saya suka negeri nie..x banyak kereta...hahahaha...perjalanan pown senang jer..pekan Kangar taklah besar...banyak bangunan yang dah lama...


Taman Melati...


pemandangan yang indah..


Simbol negeri Perlis..


Kangar..


Pekan Kangar..banyak kedai tutup ( tahun baru cina)..hehehe


Bidang Perniagaan dikuasai oleh Bangsa Cina...tangok banyak kedai tutup...


Perlis indera kayangan...

Akan datang Kelantan dan Terengganu..huhuhu...

LOst WOrld Of TAmbun YAng MeriAngKan..huhuhu..

Lost world of Tambun

  wah!!!!amazing place...baru-baru nie kami dari Biro Ekonomi dan Usahawan KOlej Harun Aminurrashid, UPSI..telah mengadakan hari keluarga di Lost World Of Tambun..seramai 44 orang ahli termasuk Jawatankuasa tertinggi KOlej mengikuti journey nie..ermm tempat yang sangat unik dan menarik..kira terdapat 3 dimensi dalam 1 tempat..ada tempat mandi manda, Zoo, dan tempat permainan ala2 genting tue lorrr....saya dan beberapa orang kawan yang lain memang stress sebelum nie yala assigment berlambak..huh bila keluar dari Tambun tue..stress yang telah menyelubungi diri dah hilang..hehehe...mungkin nie la tempat terakhir saya untuk bersama-sama dengan kawan-kawan 1 biro yang saya sanyangi sebab selepas nie saya akan berkhidmat sebagai MPP memegang dalam Exco Perpaduan dan Integrasi..sangat sedih sebab banyak kenangan manis dan pahit bersama mereka sepanjang menjadi rakan Exco ..tak pala mungkin ada hikmah disebalik semua nie..LOVE YOU ALL....



























Related Posts with Thumbnails