">KaLaU kItA iNgIn BeRjAya MaKa KiTa MesTi BeraNi MeNgUbAh KeBiASAan-KeBiASAan KiTa YaNg TiDak BeRmaNfAaT<"

AnDai DiA j0DoHkU....huHuuuuu....

Saya lahir pada bulan Januari dan apa yang saya nak kongsi disini ialah tentang ciri-ciri orang yang lahir pada bulan ini, dan kepada di luar sana yang lahir pada bulan yang sama jom kita nilai samada ciri-ciri ini ada pada diri kita atau tidak. Ciri-ciri ini dipetik daripada seorang pakar motivasi tentang bulan kelahiran. Apa-apa pun muhasabah diri yer...cewahhhh!!!!

1. Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan. ( ya meh..)
2. Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati. ( nie sy setuju..hahaha)
3. Sukar setia pada yang satu. ( h0h0~ )
4. Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya. ( ntahla sy)
5. Selalu berdiam diri bila bertemu dengan pasangannya. ( pelik jer)
6. Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. ( adakah ada pada diri sy...ermmm )
7. Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu         terhadapnya. ( betul ke nie..hukhuk )
8. Bakal menjadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. ( Wahhh!! I Like It..hehe)
9. Pasangan ideal untuk individu yang lahir pada Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6, 8, dan 11.
    ( siapalah orangnya yer..)

Semua nie hanyalah rekaan manusia semata-mata berdasarkan kajian dan penilaian pakar-pakar yang berkaitan, tetapi sesungguhnya kita merancang yang menentukan hanya Allah sahajalah yang menentukan siapa jodoh kita sebenarnya tapi kena berusaha jugalah walaupun semua itu telah ditentukan dan harus ingat berusaha itu kenalah pada jalan yang betul dan tidak lari terpesong dari jalan Allah.


Dan ingat di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

    "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

Saya sentiasa mengingatkan dan muhasabah diri agar tidak leka dan sedar dengan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah. Dan kalau kita lihat sendiri, remaja pada masa kini mudah terpengaruh dengan hasutan nafsu sarakah sehinggakan banyak kes pembuangan bayi di merata-rata tempat, dan perkara ini sangat menyedihkan kerana manusia-manusia ini tidak ada belas kasihan dan jika dibandingkan dengan binatang sendiri boleh menyayangi anak-anaknya sehingga membesar dengan baik. Sebagai anak sulung, diri ini sentiasa diingatkan untuk menjadi yang terbaik dan menjadi contoh kepada adik-adik untuk  berjaya..insyAllah.........

by Juriah Conding

Mahasiswa Perlu Berani Menghadapi Kritikan

Perhatikanlah orang yang memberi nasihat kepadamu..Seandainya ia memulai dari segi yang merugikan orang ramai..maka janganlah engkau menerima nasihatnya dan berhati-hatilah dengannya..






Tidak ada seorang pun kawan yang paling baik bagi kita kecuali hanya Allah yang telah memerhatikan dan memenuhi keperluan-keperluan kita, melindungi dan menunjukkan kepada kita jalan yang lurus yang menuju kepada keredhaanNya tanpa mengharap sedikit pun balasan dari kita.

kejernihan dan kekotoran hati seseorang akan nampak jelas tatkala dia dikritik, mendapat celaan atau penghinaan orang lain. Bagi orang yang lemah akal dan imannya, nescaya akan mudah goyah dan resah. Ia akan sibuk menganiaya diri sendiri dengan memboroskan waktu untuk memikirkan kemungkinan membalas. Mungkin dengan mengaibkan lawannya tersebut atau membela diri, yang ternyata hujung perbuatannya tersebut hanya akan membuatnya semakin tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.

Lain halnya dengan orang yang mempunyai kejernihan hati dan ketinggian akhlak. Ketika datang badai kritik, celaan, serta penghinaan seberat atau sedahsyat mana pun, dia tetap tabah, tidak goyah sedikit pun.






Oleh itu, kenapa anda mesti menyibukkan diri membalas orang-orang yang menjadi jalan keuntungan bagi anda? Padahal semestinya anda bersyukur dengan sebesar-besar syukur kerana tanpa anda bayar atau anda gaji mereka sudi meluangkan waktu memberitahu segala keburukan dan aib yang mengancam amal-amal soleh anda di akhirat kelak.

Takut dikritik tidak akan dapat mengembangkan usahanya. Mereka tidak mahu mengetahui kelemahannya. Mereka yang berjiwa besar sudah kenyang dengan kritikan. Pada dasarnya kritikan bukanlah menjatuhkan nama seseorang di hadapan orang lain atau harga dirinya, tetapi sebaliknya untuk membangkitkan semangat yang telah jatuh.

Ramai orang yang gagal mencapai cita-citanya kerana mereka tidak dapat menerima kritikan yang ditujukan kepadanya. Tentu hal itu tidak sampai berlaku jika mereka mengetahui kelemahannya. Kemudian bangkit lagi dan melakukan kegiatan yang menuju matlamat asal dengan hati-hati.






Kritikan seseorang itu boleh dibahagikan kepada dua jenis yakni yang bersifat menjatuhkan orang lain dan ada yang bersifat membina. Oleh sebab itu kita mesti lebih berhati-hati terhadap kritikan yang bersifat menjatuhkan. Biasanya kritikan yang seperti itu dilakukan oleh orang yang tidak senang dengan kejayaan. Tetapi kritik yang bersifat membina adalah ucapan seseorang yang berani menyalahkan dan mahu menunjukkan kelemahan kita. Dan inilah kritikan orang yang bijaksana...

MAHASISWA PERLU BERANI DENGAN KRITIKAN-KRITIKAN YANG DILONTARKAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN JADIKAN SEBAGAI PENDORONG UNTUK TERUS BERJAYA..INSYALLAH...

by Juriah Conding ( dipetik dari Ahmad Safuan Al-Karami )

Semporna Ku Terchenta.....

Semporna adalah sebuah daerah yang terletak di pantai timur sabah. Kaya dengan hasil laut yang mana terdapat 55 spesies laut yang boleh dimakan dan merupakan punca pendapatan utama masyarakat di sini. Semporna terkenal dengan kebiruan dan kerjernihan air lautnya, makanan lautnya yang murah, masyarakatnya yang peramah dan keputihan pasir pulaunya yang menarik. Di samping itu juga, terumbu karang yang berwarna-warni dan kehidupan laut yang mesra dengan para pengunjung menjadikan Semporna terkenal dengan panorama alam laut yang menarik. Suku kaum Bajau dan Suluk merupakan masyarakat majoriti yang menghuni bumi Semporna ini. Aktiviti yang sangat seronok bila datang ke Semporna ialah Scuba Diving, Snorkelling dan Regatta Lepa-Lepa. Jangan lupa kalau datang ke Semporna perkara yang paling penting ialah membawa pulang Cenderamata mutiara yang pelbagai warna yang menarik dan boleh didapati dengan harga yang berpatutan.


by Juriah Binti Conding
Related Posts with Thumbnails