">KaLaU kItA iNgIn BeRjAya MaKa KiTa MesTi BeraNi MeNgUbAh KeBiASAan-KeBiASAan KiTa YaNg TiDak BeRmaNfAaT<"

SeMpORnA DaERaH Ku yAnG PeRmAi...

       Assalamualaikum W.t.w..Semporna daerah ku yang permai..hehehe...Semporna terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya yang sememangnya mempesonakan..huh ayat..hehehe ..nak tau x??? di perairan Semporna terdapat 20 pulau yang mempunyai panorama yang sangat cantik dan indah. Bukan nak memuji daerah sendiri tapi tue kenyataan..hehehe..ok2..Walaupun nama Semporna tidaklah popular seperti Sipadan dan Mabul, tetapi kalau korang nak tau Semporna adalah pintu masuk utama ke pulau-pulau ini. Semporna adalah salah satu daerah yang terletak di timur Sabah yang terletak di kepulauan Borneo. Ekonomi utama masyarakat di sini ialah perikanan (menangkap ikan, menternak rumpai laut ), pertanian ( kelapa sawit ) dan pelancongan ( hotel, resort, cenderahati)...Hah yang saya sangat suka kat daerah saya nie ialah makanan lautnya yang segar dan murah-murah belaka, ikan-ikan yang dihidangkan di hotel yang bertaraf 5 bintang pun boleh didapati di sini dengan harga yang murah..oleh itu pelancong yang datang ke pekan Semporna adalah menjadi satu kemestian untuk menikmati makanan laut sekiranya datang berkunjung ke sini.




Simbolik daerah Semporna yang menunjukkan kaya dengan makanan laut



 Ikan pari gergasi


Ikan bakar yang freshhhh....sedap!!!!ermmmm



10 sebab ke Semporna..hehehe..Jom cuti-cuti Malaysia...

Terdapat hotel dan resort yang disediakan di Pekan Semporna dengan harga yang berpatutan.Kalau korang nak tau terdapat beberapa resort dan chalet yang bertaraf antarabangsa telah dibangunkan seperti di Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Mataking. Aktiviti yang sangat popular yang sering dilakukan oleh pelancong-pelancong tempatan mahupun antarabangsa yang datang mereka lebih suka kepada aktiviti snorkeling dan selam skuba, ini kerana keindahan dasar lautnya yang mempesonakan...dan ada juga pelancong yang suka berkelah dan bersantai di tepi pantai.



SaLaM PeRkeNaLaN..

          Assalamualaikum w.t.b..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita msih dpt melihat keindahan alam yg menghijau dan menghirup udara yg segar dan nyaman...Ermmm..ok..nak citer apa ek..k2..firstly..apa yang saya nak kongsi di sini ialah negeri kelahiran saya..hehehe..SaBaH negeri di bawah bayu..apa maksud Sabah dan kenapa plak dinamakan sebagai negeri di bawah bayu..huhuhu..sebelum tue jom kita tengok peta Sabah...kira banyak jugalah daerah kat Sabah nie..saya sendiri pun tak tahu..hehehe..




Peta negeri Sabah...


Sebenarnya Sabah adalah sebuah negeri yang mana terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo (lihat peta yeee) dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Dari mana plak asal usul nama Sabah tue???hehehe...saya soal..saya plak yang jawab..k2..Asal-usul nama ‘Sabah’ diperolehi daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai ‘pisang saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil “SABBAH ” atau “SAPPAH” oleh masyarakat kaum Suluk (Sulu)dan Bajau-Sulu, yang sangat popular dibuat pisang goreng...Sabah juga dikenali sebagai ‘Sabah, Negeri Di Bawah Bayu’ kerana kedudukannya yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut....Penduduk Sabah nie terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, di mana kumpulan etnik terbesar adalah kaum Kadazandusun (satu pertiga) dan diikuti oleh Tausug ( Sulu ),Bajau dan Cina, Melayu, dan kaum-kaum minoriti lain...Ibu negeri Sabah pula ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton...k tue jela yang dapat saya kongsi..harap sapa2 yang da baca blog nie..tau la serba sedikit pasal negeri Sabah...

k next time kongsi citer lain plak...citer tempat-tempat yang menarik kat Sabah k...k salam...
Related Posts with Thumbnails