">KaLaU kItA iNgIn BeRjAya MaKa KiTa MesTi BeraNi MeNgUbAh KeBiASAan-KeBiASAan KiTa YaNg TiDak BeRmaNfAaT<"

Mahasiswa Perlu Berani Menghadapi Kritikan

Perhatikanlah orang yang memberi nasihat kepadamu..Seandainya ia memulai dari segi yang merugikan orang ramai..maka janganlah engkau menerima nasihatnya dan berhati-hatilah dengannya..






Tidak ada seorang pun kawan yang paling baik bagi kita kecuali hanya Allah yang telah memerhatikan dan memenuhi keperluan-keperluan kita, melindungi dan menunjukkan kepada kita jalan yang lurus yang menuju kepada keredhaanNya tanpa mengharap sedikit pun balasan dari kita.

kejernihan dan kekotoran hati seseorang akan nampak jelas tatkala dia dikritik, mendapat celaan atau penghinaan orang lain. Bagi orang yang lemah akal dan imannya, nescaya akan mudah goyah dan resah. Ia akan sibuk menganiaya diri sendiri dengan memboroskan waktu untuk memikirkan kemungkinan membalas. Mungkin dengan mengaibkan lawannya tersebut atau membela diri, yang ternyata hujung perbuatannya tersebut hanya akan membuatnya semakin tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.

Lain halnya dengan orang yang mempunyai kejernihan hati dan ketinggian akhlak. Ketika datang badai kritik, celaan, serta penghinaan seberat atau sedahsyat mana pun, dia tetap tabah, tidak goyah sedikit pun.






Oleh itu, kenapa anda mesti menyibukkan diri membalas orang-orang yang menjadi jalan keuntungan bagi anda? Padahal semestinya anda bersyukur dengan sebesar-besar syukur kerana tanpa anda bayar atau anda gaji mereka sudi meluangkan waktu memberitahu segala keburukan dan aib yang mengancam amal-amal soleh anda di akhirat kelak.

Takut dikritik tidak akan dapat mengembangkan usahanya. Mereka tidak mahu mengetahui kelemahannya. Mereka yang berjiwa besar sudah kenyang dengan kritikan. Pada dasarnya kritikan bukanlah menjatuhkan nama seseorang di hadapan orang lain atau harga dirinya, tetapi sebaliknya untuk membangkitkan semangat yang telah jatuh.

Ramai orang yang gagal mencapai cita-citanya kerana mereka tidak dapat menerima kritikan yang ditujukan kepadanya. Tentu hal itu tidak sampai berlaku jika mereka mengetahui kelemahannya. Kemudian bangkit lagi dan melakukan kegiatan yang menuju matlamat asal dengan hati-hati.






Kritikan seseorang itu boleh dibahagikan kepada dua jenis yakni yang bersifat menjatuhkan orang lain dan ada yang bersifat membina. Oleh sebab itu kita mesti lebih berhati-hati terhadap kritikan yang bersifat menjatuhkan. Biasanya kritikan yang seperti itu dilakukan oleh orang yang tidak senang dengan kejayaan. Tetapi kritik yang bersifat membina adalah ucapan seseorang yang berani menyalahkan dan mahu menunjukkan kelemahan kita. Dan inilah kritikan orang yang bijaksana...

MAHASISWA PERLU BERANI DENGAN KRITIKAN-KRITIKAN YANG DILONTARKAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN JADIKAN SEBAGAI PENDORONG UNTUK TERUS BERJAYA..INSYALLAH...

by Juriah Conding ( dipetik dari Ahmad Safuan Al-Karami )

No comments:

Related Posts with Thumbnails