">KaLaU kItA iNgIn BeRjAya MaKa KiTa MesTi BeraNi MeNgUbAh KeBiASAan-KeBiASAan KiTa YaNg TiDak BeRmaNfAaT<"

SeMpORnA DaERaH Ku yAnG PeRmAi...

       Assalamualaikum W.t.w..Semporna daerah ku yang permai..hehehe...Semporna terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya yang sememangnya mempesonakan..huh ayat..hehehe ..nak tau x??? di perairan Semporna terdapat 20 pulau yang mempunyai panorama yang sangat cantik dan indah. Bukan nak memuji daerah sendiri tapi tue kenyataan..hehehe..ok2..Walaupun nama Semporna tidaklah popular seperti Sipadan dan Mabul, tetapi kalau korang nak tau Semporna adalah pintu masuk utama ke pulau-pulau ini. Semporna adalah salah satu daerah yang terletak di timur Sabah yang terletak di kepulauan Borneo. Ekonomi utama masyarakat di sini ialah perikanan (menangkap ikan, menternak rumpai laut ), pertanian ( kelapa sawit ) dan pelancongan ( hotel, resort, cenderahati)...Hah yang saya sangat suka kat daerah saya nie ialah makanan lautnya yang segar dan murah-murah belaka, ikan-ikan yang dihidangkan di hotel yang bertaraf 5 bintang pun boleh didapati di sini dengan harga yang murah..oleh itu pelancong yang datang ke pekan Semporna adalah menjadi satu kemestian untuk menikmati makanan laut sekiranya datang berkunjung ke sini.




Simbolik daerah Semporna yang menunjukkan kaya dengan makanan laut



 Ikan pari gergasi


Ikan bakar yang freshhhh....sedap!!!!ermmmm



10 sebab ke Semporna..hehehe..Jom cuti-cuti Malaysia...

Terdapat hotel dan resort yang disediakan di Pekan Semporna dengan harga yang berpatutan.Kalau korang nak tau terdapat beberapa resort dan chalet yang bertaraf antarabangsa telah dibangunkan seperti di Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Mataking. Aktiviti yang sangat popular yang sering dilakukan oleh pelancong-pelancong tempatan mahupun antarabangsa yang datang mereka lebih suka kepada aktiviti snorkeling dan selam skuba, ini kerana keindahan dasar lautnya yang mempesonakan...dan ada juga pelancong yang suka berkelah dan bersantai di tepi pantai.



No comments:

Related Posts with Thumbnails