">KaLaU kItA iNgIn BeRjAya MaKa KiTa MesTi BeraNi MeNgUbAh KeBiASAan-KeBiASAan KiTa YaNg TiDak BeRmaNfAaT<"

Semporna Ku Terchenta.....

Semporna adalah sebuah daerah yang terletak di pantai timur sabah. Kaya dengan hasil laut yang mana terdapat 55 spesies laut yang boleh dimakan dan merupakan punca pendapatan utama masyarakat di sini. Semporna terkenal dengan kebiruan dan kerjernihan air lautnya, makanan lautnya yang murah, masyarakatnya yang peramah dan keputihan pasir pulaunya yang menarik. Di samping itu juga, terumbu karang yang berwarna-warni dan kehidupan laut yang mesra dengan para pengunjung menjadikan Semporna terkenal dengan panorama alam laut yang menarik. Suku kaum Bajau dan Suluk merupakan masyarakat majoriti yang menghuni bumi Semporna ini. Aktiviti yang sangat seronok bila datang ke Semporna ialah Scuba Diving, Snorkelling dan Regatta Lepa-Lepa. Jangan lupa kalau datang ke Semporna perkara yang paling penting ialah membawa pulang Cenderamata mutiara yang pelbagai warna yang menarik dan boleh didapati dengan harga yang berpatutan.


by Juriah Binti Conding

1 comment:

Related Posts with Thumbnails